5 Teknik Turunkan Berat Badan Di Bilik Tidur!
POSTED ON Friday, 27 June 2014 AT 7:13 pm \\
5 Teknik Turunkan Berat Badan Di Bilik Tidur!

“Nak kuruskan badan, tapi malas nak keluar dari bilik tidur!”

Siapa pernah rasa macam ni ? Jangan risau, normal lah tu! Golongan remaja dan bilik tidur memang tak dapat nak di pisahkan. Lebih lagi di hujung minggu. Nah, cuba 5 teknik ini untuk turunkan berat badan tanpa kamu perlu keluar dari bilik tidur.

# 1 : BERSIHKAN BILIK TIDUR
Menyapu lantai, menukar cadar, membersihkan tandas serta lap segala habuk yang melekat di tingkap selama 20 minit mampu membuatkan badan kamu berpeluh. Malah, ia juga membuatkan badan kamu bergerak dan membakar segala kalori yang ada.

# 2 : MENARI
Putarkan lagu kegemaran kamu dan menarilah sehingga kepenatan. Lebih elok jika kamu ikut sekali step-step tarian yang ada. Jangan malu, tiada siapa yang nampak apa yang kamu lakukan!

# 3 : BERDANDAN
Siapa kata berdandan itu hanya membuangkan masa sahaja ? Mengikut penelitian, bersolek selama 45 minit dapat membakar 100 kalori. Selain bersolek, mengikalkan rambut dengan menggunakan tong juga mampu membuatkan oto-oto di kawasan tangan dan bahu bergerak .

# 4 : MENYANYI
Buat satu playlist lagu kegemaran kamu dan nyanyikan secara lantang. Goyang-goyangkan sedikit badan selama 50 minit.

# 5 : LAKUKAN SENAMAN RINGAN
Tak perlu ke tempat lain, di bilik tidur juga kamu boleh lakukan beberapa senaman seperti sit up, push up dan lari setempat